PERMOHONAN
JAWATAN KOSONG
(SEPANJANG MASA)
----------------------------------------
Warganegara
Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan-jawatan
kosong dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Awam
Bersama yang am bagi Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri Melaka,
Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis menggunakan Borang
Permohonan Online (SPA8i) yang disediakan di sebelah kiri
laman ini
Permohonan
boleh dibuat sepanjang masa dan bilangan jawatan yang boleh dipohon
adalah maksimum 5
jawatan.
Sila
mohon jawatan mengikut kelayakan akademik anda.
Pengumuman Penting
- PENGUMUMAN PENTING -
Kekosongan Jawatan Ketua Komunikasi Korporat Gred 54
(Terbuka)
(26 Jawatan)
Permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan
KETUA KOMUNIKASI KORPORAT GRED 54 (TERBUKA) bertaraf
kontrak di 26 buah Kementerian.
Permohonan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang
berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 30 tahun pada
tarikh tutup permohonan.
Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62520 Putrajaya
(u.p: Bahagian Pengambilan)
Maklumat Jawatan: [
Lihat ]
Borang Permohonan: [
Lihat ]
Calon temu duga jawatan Penolong Pegawai Belia dan Sukan
Gred S27 di Kementerian Belia dan Sukan dikehendaki membawa
Kemeja T, Kasut Sukan dan Seluar Sukan (Track suit) bagi
menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) yang
akan diadakan pada hari temu duga.